cursor :url (http://www.123mycodes.com/cursors/preview/10703.gif),auto ;

FOLLOW+ DASHBOARD♥
The Barbie
❣ Status ❣
Saya Kini Bergelar Budak Lepasan SPM. Now Tengah Menunggu Result Keluar. Doakan Saya mendapat Keputusan Yang Cemerlang Ya ッ
THEME


Cbox


Insta


Twitter


FcBook
Barbies
✿ I'm a Barbie Gilr , In a Barbie World ✿
Click if you don't mind.{}
Profile Entries Credits
CALENDER







Ya Allah Ya Tuhan ku selamat kan mereka yang berada di lahad datu . :( sekarang lahad datu kini dalam keadaan darurat :( . harap-harap family saya kat sana semua selamat , aman dan damai . Dengar2 cerita juga , ada dua orang PGA meninggal da.. Ya Allah kalau la pernyataan tu betul . mesti mereka masuk syurga kan .. sebab mati dalam peperangan.. :( Al-Fatihah untuk PGA yang mati syahid :(

Facebook , twitter semua heboh . semua buat status , tweet PRAY FOR LAHAD DATU :( . Harap semua pegawai polis yang bertugas di lahad datu selamat dalam operasi menghalau keluar penceroboh tu .. 

Pray for lahad datu , i hope everything will be over soon

Erm apa-apa pon saya tak nak cerita panjang2.. just kita bertawakal jak la kepada Allah S.W.T . dan berdoa agar lahad datu selamat . Just tengok dan lihat sumber yang saya dapat ne .


Video semasa di Lahad Datu , Sabah 

Video 1 lahad datu

video 2 lahad datu


ini gambar dari twitter



News Paper menyatakan .

Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu,Sultan Jamalul Kiram III
dengan pasukan keselamatan Malaysia disekitar bandar di timur Sabah itu. Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namunbilangannya belum dapat dipastikan. Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan. Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu. Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya. Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui. Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat mungkin seperti
yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu. Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa. Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing. Deretan kedai dan pasaraya di bandar itu sudah ditutup sejak perintah tersebut berkuat kuasa sehingga sekarang. Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam kekuasaan pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam lingkungan radius 25 kilometer dari pusat bandar. Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan MASWings ke Lahad Datu dibatalkan dan beberapa pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mendarat di bandar itu awal pagi tadi. Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya dikatakan cukup untuk 
memusnahkan ketumbukan tentera Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari tiga hari.


new - Dua komandor polis maut terkena serangan mortar


“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″


Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina - Bernama .



Sumber : sabahan.Fm , Berita Harian , malaysia kini 




NEWER POSTOLDER POST